Tuesday 5 November 2013

Hari pertama SPM 2013

Hujan renyai-renyai membasahi bumi Jeli tercinta. Suasana yang damai dan sejuk sekali. Hari pertama peperiksaan SPM 2013. Pasti para pelajar Tingkatan 5 mempunyai semangat yang tinggi untuk menjawab soalan-soalan Bahasa Melayu kertas 1. Semoga para pelajar di bukakan pintu hati dan diberikan ketenangan untuk menjawab soalan. 

Pelbagai perkara pasti berada dalam fikiran setiap pelajar sekarang. Bertenang dan jawab soalan sebaiknya. Guna masa dengan bijak. Doa setiap guru sentiasa bersama anda semua.


No comments:

Post a Comment