Oleh : fatinfauzi
Aishah membuang
pandang ke luar jendela. Dari bilik kecil tempat dia berdiri sekarang, dapat
diperhatikan keriangan anak-anak kecil bermain. Senyum manis meniti di
bibirnya. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Betapa tenangnya
berada di rumah ini bersama anak-anak yang boleh dikatakan berkongsi nasib
dengannya. Cuma mungkin, kisah hidup mereka sahaja yang berbeza. Lamunannya terhenti
apabila dia disapa seseorang.
“Haa… kak Aishah buat
apa tu? Berangan ek?”
Kira, gadis yang berusia 16 tahun itu menyapanya. Aishah
senyum manis.
“Taklah, seronok
tengok budak-budak dekat luar tu main.” Aishah mengambil tempat duduk
berhadapan dengan Kira yang sudah melabuhkan diri di kerusi panjang.
“Kira sorang je? Mana
member? Selalu berkepit je berdua?”
“Ada dekat sini,”
celah Mira, gadis seusia dengan Kira yang muncul di sebalik pintu. Dia merapati
Aisyah dan Kira sambil tersengih-sengih.
“Alah Mira, kau ni
kacaulah. Aku baru nak dating dengan Kak Aishah.” Mira menjelir lidah apabila
Kira mencebik bibirnya. Aishah yang melihat hanya menggeleng-gelengkan kepala
sambil tersenyum melihat telatah kedua-duanya yang sudah dianggap seperti
adik-adik sendiri.
“Eh kak, akak tau tak,
ada cikgu baru masuk tau tadi… handsome gila! Sesuai sangat dengan akak.”
Beritahu Mira dengan nada teruja tiba-tiba.
“Eh, kau ni!
Pandai-pandai nak padankan Kak Aishah dengan cikgu tu pulak!” Sela Kira sambil
menampar paha Mira yang kini duduk di sebelah kanannya.
“Apa salahnya? Kak
Aishah single, cikgu tu pun mesti single.” Mira tersengih-sengih seperti kerang
busuk.
“Mana kau tahu dia
single? Kau dah check semua?”
“Aku tahulah, tengok
gaya dia… Alah, sebenarnya kau yang dah syok dekat cikgu tu kan? Tu yang kau
tak bagi aku padankan dia dengan Kak Aisyah?” Mira sengaja menyakat. Bahu Kira
dicuit-cuit membuatkan rakannya itu mengerut-ngerutkan kening.
“Eh, mana ada! Pandai-pandai
je kau ni!”
“Haa…sudah-sudah.
Korang ni, sehari tak bertekak, tak sah. Nama je best friend!” Aisyah akhirnya
bertindak meleraikan pergaduhan manja Kira dan Mira itu.
“Nampak senang hati
je, korang dah siap homework ke?” Aju Aisyah. Kedua-dua gadis yang duduk di
hadapannya itu kembali senyum.
“Dah… tu yang kitorang
datang sini. Nak mintak tolong akak,” balas Kira dengan senyuman yang semakin
meleret.
“Oh, patutlah senyum
tu nampak bermakna sangat kan? Nak mintak tolong apa?” Kira mencuit-cuit peha
Mira menyuruh rakannya itu yang menyuarakan hasrat mereka.
“Alah macam biasalah
kak, kitorang nak dengar cerita akak. Yang selalu akak cerita tu…” Aisyah mula
mengerutkan dahi mendengar permintaan dari Mira itu.
“Eh korang ni. Masuk
hari tu, rasanya dah lebih sepuluh kali akak cerita. Korang tak bosan ke dengar
cerita yang sama je?”
“Sebab tak bosanlah
kitorang nak dengar lagi kak… please kak, ceritalah lagi. Cerita akak tu boleh
masuk dalam kategori best, wonderful, fantastic, amazing story ever!” Ujar Kira
sambil mengenyitkan matanya pada Mira membuatkan rakannya itu juga
mengangguk-angguk tanda setuju.
“Ha… sudah-sudah. Tak
payah nak melampau sangat pujinya tu. Okey, akak cerita lagi. Tapi, korang
jangan tertidur pulak nanti?” Aisyah mengangkat keningnya berpura-pura memberi
amaran kerana dia tahu, mana mungkin mereka akan tertidur berikutan ini bukan
kali pertama kisah ini diperdengarkan kepada mereka berdua.
Sebuah kisah yang
merupakan latar hidupnya sendiri, yang tidak pernah jemu diceritakan kepada mereka
sejak pertama kali mereka dipertemukan dulu.
“Orait kak, kitorang
promise!” Kira dan Mira sudah mengangkat tangan tanda berjanji. Lalu keduanya
menopang dagu pula menanti Aisyah memulakan perjalanan cerita.
“Okey, pada suatu masa
dahulu, dihari yang damai lagi menyenangkan… akak telah mempunyai seorang
kawan. Lalu kawan akak itu bernama Eli…”
###
Aku dan Eli memang
rapat. Cukup rapat, cuma tak melekat. Kami berkenalan dari kami sama-sama mula
bekerja di sebuah supermarket. Walaubagaimanapun, bukan cerita bagaimana kami
bermula yang aku nak ceritakan di sini, tapi bagaimana kami berakhir, merupakan
plot penting kisah yang bakal menjadi tatapan umum ini.
Hari tu, aku datang
kerja macam biasa. Dari kejauhan aku yang dalam kereta dah nampak batang hidung
Eli yang setia menunggu aku, pun macam biasa.
Sebaik kereta
diberhentikan, aku turun dan berlari mendapatkan Eli sambil membuatkan muka
yang aku sangka paling comel di muka bumi pada waktu itu. Sebenarnya riak itu
khas aku buat untuk menutup salah aku yang entah ke berapa kali datang lambat
ke tempat kerja. Sehingga yang jadi mangsa menunggu berjam-jam lamanya adalah
Eli orangnya.
Eli menoleh ke arah
kereta yang sudah mahu berlalu pergi. Kemudian dia menoleh muka aku kembali.
“Stok baru ke?” Dia
menyoal. Aku hanya senyum sebagai balasan. Lalu aku kepit lengannya dan segera
menarik beliau mengikut aku masuk ke dalam supermarket kerana kami sememangya
bakal lewat.
Sebaik sahaja kami
sampai di tempat ‘punch card’, seperti yang diduga, kami memang lewat. Dan di situ
seekor makhluk yang feeling dirinya bodyguard supermarket itu telah menunggu
dengan wajah seperti mintak tapak kaki aku dan Eli.
“Lambat lagi? Kau
ingat supermarket ni atok kau punya?” Tengok tu, korang pun boleh nampak cara
makhluk itu berbahasa kan?
Tapi aku dan Eli buat
don’t know je. Malas nak layan makhluk tu. Kitorang bukan sama spesis. Aku dan
Eli meneruskan sesi punch card dengan tenang.
“Sekali lagi korang
datang lambat, aku akan pastikan korang menyesal!” Ugutan itu sedikit pun tidak
menggetarkan hati kami. Aku sekali lagi mengepit lengan Eli dan terus berlalu
meninggalkan makhluk tadi dalam keadaan yang pasti bengang seperti selalunya.
Siapa suruh cari pasal dengan kitorang kan?
###
“Shah, aku cakap sikit
ni kau jangan marah?” Eli sudah mula bersuara untuk memulakan ceramahnya pada
hari ini. Aku pula hanya terus pura-pura sibuk menyusun barang-barang yang baru
sampai dari dalam kotak ke rak yang terhidang di depan kami. Malas nak dengar
Eli membebel sebenarnya, sebab aku tahu apa yang bakal dikatakan nanti.
“Sampai bila kau nak
buat kerja ni Shah?”
“Sampai bila? Sampai
barang-barang dalam kotak ni habislah!” Aku berseloroh sambil gelak dalam hati.
Eli bengang, sengal lengan aku ditamparnya. Ketawa dalam hati aku tadi meledak
keluar.
“Hish… perempuan ni
kan, aku cakap betul-betul dia main-main! Seriuslah babe!” Bebel Eli macam
makcik-makcik.
“Aku pun seriuslah ni.
Cuba susun je barang tu, tak payah berbunyi?”
“Kau ni degil betul!
Tak nak dengar cakap aku langsung!” Bentak Eli.
“Dengar cakap kau
konon, macamlah kau tu baik sangat?” Eli sudah membuntangkan matanya. Mungkin
tidak sangka, bait itu yang keluar dari mulut aku tadi. Itu lah, bakar aku
lagi. Bukannya Eli tak tahu kawannya yang seorang ni memang kepala angin!
“Eh, korang berdua ni
kalau tak menyakitkan hati aku tak boleh ke?” Aku dan Eli menoleh serentak.
Bila masa pulak makhluk ni ada dekat sini? Damn! Sengaja nak buat aku panas
hati. Tadi Eli, sekarang minah ni pulak!
“Kitorang buat apa?”
Tanya Eli. Aku pula sambung menyusun botol-botol shampu yang dari tadi aku
susun ke atas rak. Kalau itu boleh dipanggil susunlah kerana apa yang aku buat
ialah menghempas-hempaskan botol-botol tersebut sebagai tanda protes dari hati.
“Buat apa kau tanya?
Bukan ke korang kena susun barang-barang tu? Tapi dari tadi aku tengok korang
berborak je. Bila masa nak habis susunnya??” Makhluk minah itu bersuara dengan
lantang sekali. Beberapa orang pelanggan yang lalu-lalang sudah mula
menoleh-noleh. Aku jadi hilang sabar.
“Woi, mak lampir! Kau
tak payah nak kecoh sangat boleh tak? Kau tak nampak kitorang tengah susun
barang-barang ni? Kau ingat kitorang main-main ke dekat sini?” Jerkahku dengan
gangster sekali. Mak lampir ni memang patut diajar! Kerjanya menyakitkan hati
orang je. Setakat pangkat supervisor dah berlagak mengalahkan tokey
supermarket!
“Susun konon, kau
ingat aku buta ke? Tak nampak yang korang tu tak buat kerja?” Ujar mak lampir
yang masih mahu membakar.
“Hish… karang ada
jugak yang aku sumbat dengan botol shampu ni karang!” Aku sudah mengambil salah
satu botol shampu dan berkira-kira untuk menyumbatnya ke dalam mulut mak
lampir. Tapi segera ditahan oleh Eli.
“Dah lah tu Shah,
janganlah nak bergaduh pulak dekat sini. Orang tengok tu, malulah!” Eli cuba
menyabarkan aku sambil terpaksa tersengih-sengih ke arah pelanggan yang dari
tadi menjeling-jeling ke arah kami bertiga.
“Macam ni lah mak
lampir, baik kau blah! Bawak sekali rambut kerinting kau yang banyak kutu ni!”
Kata-kata halauan aku membuatkan mak lampir ternganga. Dia mengetap-ngetap bibirnya
dengan penuh geram sebelum berlalu dari situ sambil menghentak-hentak kaki.
###
Hari seterusnya, aku
kerja dengan wajah yang sangat monyok sekali. Sebabnya, tadi sebelum datang
kerja aku bergaduh teruk dengan makcik aku.
“Babe, kau okey ke tak
ni?” Eli yang perasan dengan riak aku yang ketara itu mula menegur. Aku angguk
tak, geleng pun tak. Tugas sebagai cashier hari ni, aku teruskan walaupun mood
nak kerja memang tak ada hari tu.
Tapi Eli memang kawan
yang baik. Dia tahu bila aku ada masalah, bila aku happy, bila aku sedih, bila
aku marah, bak kata semuanyalah! Jadi sebagai nak mengubati duka lara aku waktu
tu, dia ajak aku lepak makan burger lepas kitorang habis kerja. Dia belanja.
Dia orderkan aku dua
keping burger kosong, sebab dia tahu aku tak makan sayur. Bila aku tanya kenapa
dua keping, katanya orang tengah layan perasaan elok makan banyak-banyak.
Bolehlah lupakan masalah tu. Banyaklah… saja nak bagi aku gemuk, cakap je lah!
Tapi itu pun dah berjaya buat aku senyum lebar hari tu. Eli… Eli…
“Kau gaduh dengan
makcik kau lagi kan?” Tanya Eli. Kan aku dah cakap, Eli memang sangat faham
aku. Dia tahu apa yang aku tengah lalui sekarang. Aku angguk je sambil makan
burger yang dibelanja dengan lahapnya.
“Kenapa kau tak keluar
je dari rumah tu babe? Kesian aku tengok kau asyik gaduh dengan makcik kau.”
“Cakap memang senang
babe, kau pun tahu aku simpan duit nak sambung belajar kan? Nak sewa rumah lain
kau ingat murah? Duit nak belanja lagi? At least, duduk dengan makcik aku,
jimat. Aku cuma kena kasi dia duit tiap-tiap bulan je.”
Eli diam mendengar apa
yang aku jelaskan. Aku tahu dia pun arif keadaan aku walaupun dia tak berada di
tempat aku. Aku bukan senang macam Eli. Dia kerja dekat supermarket tu hanya
sebab nak hidup berdikari. Padahal tiap-tiap bulan family dia bank-in kan duit.
“Kalau macam tu, kau
berhenti je lah buat kerja tu. Kau dah tahu makcik kau tak suka kan?”
“Sudahlah, makcik aku
tu memang bencikan aku. Tak kisahlah aku kerja apa pun, dia memang tak suka
aku. Ye lah, aku kan hidup menumpang dengan dia, menyusahkan dia.”
“Tapi apa pun, kau
memang patut berhenti buat kerja tu. Untuk kebaikan kau jugak.” Sambung Eli
kemudiannya.
Aku menggaru-garu
kepala. Burger yang aku kunyah pun aku rasa macam dah tak ada perisa bila
mendengarkan kata-kata Eli itu. “Kau janganlah nak tambahkan pening kepala aku
pulak. Tak cukup makcik aku, kau pun nak sakitkan hati aku jugak ke?”
“Aku bukan nak tambah
masalah kau, tapi…”
“Dah lah Eli, apa kata
kau berhenti je membebel tu? Aku nak makan burger ni.” Segera aku potong
kata-kata Eli sebelum dia berpanjang-lebar lagi.
“Itulah kau setiap
kali, bila aku cakap je mulalah kau nak mengelak. Aku tahulah aku ni pun
bukannya baik mana nak nasihatkan kau, tapi aku ambik berat pasal kau. Aku
sayangkan kau.” Tutur Eli membuatkan aku tiba-tiba tersedak burger yang cuba
aku kunyah dari tadi.
Lalu segera itu aku
menoleh.
“Sayang…?” Soal aku
dengan wajah curiga.
“Ye lah, kau kan kawan
aku? Mestilah aku sayang kau.”
“Ohh…” Kata aku
perlahan sambil mengangguk. Sayang kawan… tapi kenapa aku rasa lain je bila dia
cakap macam tu? Haih…
Aku meneruskan suapan
sementara Eli aku kilas sedang mencari-cari sesuatu di dalam begnya.
“Kau ni makan macam
budak-budak, comot sana-sini.” Ujar Eli sambil tangannya tiba-tiba menyapu
sisa-sisa burger yang rupanya terpalit elok je kat pipi aku tanpa aku sedar
dengan tisu yang dikeluarkan dari begnya tadi.
Aku kaget. Badan aku
tiba-tiba mengeras macam patung sehingga terasa darah dalam badan pun
seakan-akan berhenti mengalir. Sumpah aku tak faham apa yang aku rasa sekarang
ni!
Eli senyum sebaik dia
‘selesai’. Kami menatap wajah satu sama lain buat seketika. Dup dap… dup dap…
Aku dapat dengar bunyi jantung aku yang tiba-tiba laju tu. Mak aih… apa semua
ni? Kenapa tiba-tiba perasaan aku jadi lain sangat ni? Sepantas itu aku
mengalih pandangan ke arah burger di tangan.
“Alaa biarlah… aku
memang suka makan comot, barulah comel.” Sengaja aku buat lawak, padahal nak
tutup nervous je. Eli ketawa. Lalu burger tadi aku sambung kunyah perlahan.
Krik… krik… krik… Buat
seketika, keadaan jadi sepi antara kami. Aku jeling Eli di sebelah, dia macam
serius je kunyah burger dia. Apa lah, makan burger pun nak buat muka stress.
Aku cuba mencari idea
untuk memecah kesunyian. “Eh… aku tanya kau pulak boleh?” Eli angguk sambil
sopan-sopan lap mulut dia dengan tisu.
“Sampai bila kau nak
kerja dekat supermarket tu?” Melihat Eli hanya diam tidak menjawab membuatkan
aku menyambung kata-kata.
“Kalau aku jadi kau,
tak payah susah payah kerja dah. Lepak aje dekat rumah. Ye lah, tiap-tiap bulan
duit masuk jugak.” Kataku sambil tersengih-sengih. Eli mencebik.
“Weh, duit
berbukit-bukit pun boleh habis tau kalau kau tak kerja.” Aku melepaskan tawa.
Eli juga ikut ketawa. Kemudian dia sambung bersuara lagi,
“Entahlah… aku pun tak
pasti. Tapi satu hari nanti aku akan berhenti jugak kerja situ dan capai
cita-cita aku. Kau tahu tak cita-cita aku sebenarnya nak jadi apa?” Aku angkat
bahu tanda tak tahu.
“Aku nak jadi cikgu.”
Mendengarkan itu aku gelak kuat-kuat. Bengang je Eli dengar aku gelak macam tu.
“Kenapa kau gelak? Kau
ingat aku tak boleh jadi cikgu?” Aku gelengkan kepala dengan ketawa yang belum
berhenti.
“Bukan tu, cumanya tu
pun cita-cita aku masa kecik dulu.” Eli memandang aku dengan wajah tak percaya.
“Tapi tu lah,
tengoklah aku end up jadi apa sekarang ni.” Aku bersuara perlahan, seolah-olah
sudah berputus asa.
“Kau jangan cakap
macam tu. Selagi kita hidup, kita masih ada peluang untuk capai cita-cita kita.
Kau jangan nak putus asa macam tu je. Kau kan nak sambung belajar? Kau belajar
elok-elok nanti kau capailah cita-cita kau tu.”
“Entahlah… aku pun tak
tahu apa aku nak jadi sebenarnya. Aku nak sambung belajar tu pun sebab nak ubah
hidup aku. Aku rasa aku dah tak ada cita-cita.”
“Mana boleh macam tu,
hidup ni kena ada cita-cita. Kena ada impian, baru boleh berjaya…” Kata Eli
cuba membakar semangat aku. Tapi, aku rasa macam nak tergelak je bila tengok
dia cakap bersungguh-sungguh macam tu.
“Bagus kau ni. Ada
wawasan.” Aku cakap dengan nada menganjing sambil gelak-gelak. Dia menolak kaki
aku dengan kakinya. Nasib kau lah Eli dapat kawan macam aku yang suka menyakat
kau. Haha…
“Yang kau tu pulak,
nak jadi apa? Dah lah makan, duduk mengangkang macam ni. Cuba buat perangai
macam perempuan sikit.” Eli keluarkan lagi dialog makcik-makciknya akibat
bengang dengan aku.
“Hello, aku memang
perempuan okey? Kalau tak, tak adalah lelaki-lelaki tu semua tergila-gilakan
aku.”
“Hei, diorang tu
bukannya gilakan kau, tapi…” Eli tidak menghabiskan ayatnya sebaliknya hanya
menunjuk tangannya dari atas ke bawah merujuk pada tubuh aku. Walaupun faham
dengan maksudnya, aku buat-buat tak faham. Aku kembali mengunyah burger yang
hampir habis.
Tapi Eli perasan muka
aku dah lain.
“Sorry Shah, aku tak
ada niat nak cakap kau macam tu…” Eli bersuara dengan nada bersalah. Aku senyum
nipis. Tak mahu dia terus rasa macam tu kerana aku sendiri akui, tak ada
salahnya cakap Eli itu.
Tiba-tiba irama lagu ‘Titanium’
berkumandang dari poket seluar. Aku jawab telefon sebaik melihat nombor yang
tertera.
“I dah habis kerja dah
ni…” “Okey, tunggu I tempat biasa.” Aku simpan kembali telefon dalam poket dan
bangun melihat sekeliling, mencari-cari tong sampah di tepi jalan itu. Tak
jumpa. Lalu aku simpan plastik pembalut burger tadi ke dalam beg sandang.
Katalah aku pengotor, tapi aku tak suka buang sampah merata-rata. Tak ada sivik
kata orang.
“Aku kena pergi ni,
jumpa besok ek?” Sempat aku tenung Eli dan aku lihat dia mengangguk lemah.
Terpancar riak kecewa di wajah kawan itu. Satu-satunya manusia yang benar-benar
kisah pasal aku.
“Thanks for the
burger…” Aku cuba untuk senyum lalu bergegas pergi. Tak sanggup rasanya terus
melihat wajah kecewanya. Di tepi jalan itu, aku tinggalkan Eli sendirian.
Kaki aku teruskan
berjalan, tapi terasa berat benar langkahnya. Aku tahu, hati aku yang rasa
berat sebenarnya.
“Tak ada siapa yang
rela kerja macam ni Eli, tapi dengan cara ni je aku boleh terus survive.” Aku
berbisik sendiri sambil meneruskan langkah menuju ke tempat biasa aku
menghabiskan malam-malam aku sebagai seorang ‘escort girl’.
###
“Aku kerja sampai
hujung bulan ni je tau.” Kata Eli tiba-tiba semasa kami duduk sebelah-sebelah
di kaunter cashier. Pelanggan tak ramai masa tu, bolehlah kitorang borak-borak.
Tapi kata-kata Eli tadi dah buat aku terbeliak.
“Kenapa? Kau nak pergi
mana Eli? Kenapa kau nak tinggalkan aku?” Aku mula menggelabah. Tak mungkin Eli
nak tinggalkan aku. Tak mungkin!
“Eh, kau ni drama
queen betul! Siapa pulak nak tinggalkan kau? Aku nak pergi Australia, jenguk
family aku. Nanti aku balik la sini balik.”
“Fuhh… lega… ingat kau
nak tinggalkan aku tadi. Tapi kenapa pulak nak berhenti? Asal tak mintak cuti
je?”
“Aku ingat nak kerja
tempat lain pulak. Ye lah, hari tu kau jugak tanya, sampai bila aku nak kerja
sini kan?”
“Aku tanya je… tak
payahlah berhenti betul-betul.” Aku bersuara perlahan sambil memuncung. Tak
sangka pulak, aku tanya hari tu, hari ni Eli terus nak berhenti.
“Alaa… aku saja nak
tukar angin,” Eli cuba menyedapkan hati aku.
“Kau nak kerja apa?”
Aku bertanya sambil membuat muka penuh ingin tahu.
“Adalah…” Eli senyum
sambil angkat sebelah keningnya membuatkan aku juga turut ingin senyum tapi
dengan senyuman yang penuh pelik. Cute jugak dia buat muka macam tu tadi. He…
he… he…
Ish… apa aku ni!
“Eleh… kau ni, dengan
aku pun nak rahsia-rahsia…” Aku saja buat suara merajuk.
“Tak adalah…
sebenarnya…” “Hei, si lembut! Dengar cerita kau nak berhenti kerja?” Belum
sempat Eli menghabiskan ayatnya, tiba-tiba mak lampir datang dan menyampuk. Dia
kini berdiri di antara kaunter aku dan Eli.
“Bagus tu memang
bagus, tapi sepatutnya kau bawak perempuan tak siap ni berhenti kerja sekali.”
Sambung mak lampir menunjuk ke arah aku lalu ketawa mengilai. Sikit pun aku
rasa tak kelakar dengan apa yang dia gelakkan tu.
“Woi mak lampir
celupar! Apa kau panggil dia tadi?” Aku sudah keluar dari kaunter dan berjalan
menghampiri mak lampir.
“Apa kau cakap aku
tadi?” Mak lampir pula menyoal tapi aku tak pedulikan dan kembali menyoal.
“Apa kau panggil dia
tadi??” Kali ini dengan nada yang lebih tinggi.
“Si lembut! Kenapa?”
Panggg!!
Bergegar pipi mak
lampir itu aku lempang. Spontan. Sehingga Eli, beberapa orang pekerja di situ,
mak lampir malah aku sendiri juga tergamam dengan tindakan reflek aku yang tak
terjangka itu.
Aku dah biasa kalau
mak lampir ni nak kutuk aku. Tapi pantang aku kalau dia cuba nak kutuk Eli.
Kawan aku tu tak mintak dilahirkan macam tu. Ingat dia tak ada perasaan ke?
Perbuatan aku tadi
menyebabkan mak lampir berang lalu cuba untuk menerkam aku. Maka kejadian
terkam-menerkam itu berlarutan menjadi tolak-menolak, tumbuk-menumbuk serta
terajang-menerajang antara kami.
Orang ramai yang
berkumpul sudah seperti menonton perlawanan gusti di televisyen. Namun itu
tidak mematahkan semangat kami untuk terus bertarung walaupun Eli sendiri sudah
beberapa kali tergolek kerana cuba meleraikan pergaduhan kami.
“Kau ni memang tak
guna. Dah lah perempuan murah!” Mak lampir itu masih mahu bersuara walaupun
kelihatan darah sudah mula keluar dari celah-celah giginya. Kata-katanya yang
memanaskan telinga membuatkan aku terus menerkam dia sekali lagi dan menumbuk
tepat bibirnya dari depan. Dengan harapan kali ini dia sudah tidak boleh bersuara
lagi. Geram aku dengan perempuan sekor ni!
Dan akibat dari
pergaduhan aku dan mak lampir itu, aku dilayangkan surat amaran. Mujur cuma
amaran. Ye lah, aku dah bantai supervisor, nasib baik aku tak kena buang kerja.
Kalau tak, tak tahu lah mana aku nak kerja lepas tu. Bukan senang nak cari
kerja zaman ni.
Semenjak tu, aku dan
mak lampir tak lagi bertekak. Malah, dia tak lagi sibuk nak mencari pasal.
Takut lettew! Ye lah kalau kitorang berperang lagi, makin buruk la wajah mak
lampir tu pekena sepak terajang aku.
Namun begitu, perkara
tu tak penting untuk aku highlightkan di sini tapi kejadian selepas pergaduhan
aku dan mak lampir itulah moment penting untuk part ini.
Aku tilik setiap inci
wajah di depan aku dengan penuh khusyuk. Eli yang masih sibuk mencuci luka di
bibir aku sedikit pun tak sedar dirinya ralit aku perhatikan.
Dari sini aku dapat
hidu bau perfume yang dia pakai… oh mak aiii… wangi gilaaaa… Ni yang buat
jantung aku nak berdegup lebih kencang dari biasa ni! Segera aku pegang dada.
Takut jantung aku berlari keluar dari badan.
“Kenapalah kau pergi
bergasak dengan perempuan puaka tu? Kan tak pasal-pasal dapat cop mohor kat
muka kau ni hah.” Eli bersuara sambil tangannya menyapu luka aku dengan krim
yang sentiasa dia bawak dalam beg sebagai persediaan kecemasan katanya.
“Dah dia kurang ajar,
takkan aku nak senyum je dengar dia kutuk kau macam tu?” Aku menjawab selamba
seolah-olah tak mengalami luka apa-apa.
“Dia cari pasal dengan
aku, kau tak payahlah nak hangin sangat. Nasib baik kau kena warning je. Kalau
kena buang macam mana?” Kini tangan Eli beralih untuk menuam lebam di muka aku
lalu menyambung bebelannya,
“Kerja ni penting
untuk kau Shah. Kau jangan buat hal macam ni lagi okey? Kau suka buat aku risau
tau…” Di hujung kata Eli itu suaranya agak perlahan. Menusuk jauh ke sudut hati
aku.
Saat ni aku dapat
rasakan, sifat caring yang dia tunjuk tu buat aku rasa disayangi. Tiba-tiba aku
nampak dia macam gentleman sangat! Ditambah pulak dengan sentuhan
lemah-lembutnya sekarang, buat aku semakin hilang punca.
Aku ni perempuan.
Naluri aku penuh keperempuanan. Jadi jika aku dilayan baik-baik macam ni, hati
mana yang takkan tertawan?
Sedang Eli masih leka
merawat luka-luka di muka aku, aku juga semakin leka menilik wajahnya.
Tiba-tiba mata aku tertarik untuk memandang tangannya yang berurat-urat. Oh my…
jantan habis! Tanpa disedari, aku mengulum senyum.
Tapi perbuatan aku
kali ini berjaya ditangkap oleh Eli. Dia mengerutkan kening.
“Yang kau ni dah
kenapa perempuan? Pandang aku macam tu? Buat aku nervous je lah!” Eli menjeling
aku dengan riak cuak. Senyum aku semakin melebar.
“Kau ni… cute jugak
ek?” Aku menyakat lagi bila melihat Eli sudah tidak tentu arah begitu.
“Eh, kau baru tahu aku
ni cute?” Eli buat-buat bersuara selamba. Dia kembali menuam lebam di muka aku.
“Emm, Eliii….” Panggil
aku dengan nada meleret. Eli tidak menyahut tetapi hanya menoleh memandang aku
yang sedang tersengih menyerupai kerang busuk.
Melihatkan wajah aku
itu baru dia bersuara menyoal. “Dah kenapa pulak senyum-senyum macam tu. Kepala
kau dah tak okey ek, lepas kena hentam dengan mak lampir tadi?”
“Bukanlah!” Bentak aku
dan kemudian kembali sengih.
“Kau… free tak malam
ni?” Aku bertanya tapi masih dengan reaksi teragak-agak.
“Kenapa?” Eli menyoal
kembali dengan muka peliknya.
“Jom tengok wayang?”
Eli senyum memerli.
“Muka dah lebam-lebam
sana sini. Tu, bibir kau tu… dah nak terkoyak aku tengok! Ada hati nak tengok
wayang lagi?” Eli ketawa sambil menggeleng-geleng kepala.
“Alaa, jom lah?” Aku
memujuk dengan bersungguh-sungguh. Entah kenapa ntah, tiba-tiba aku rasa nak
sangat keluar dengan dia malam ni.
Eli mengangkat sebelah
keningnya lalu tersenyum. Aku dapat menangkap riak setuju dari situ.
“Suka hati kau lah…
bukan aku yang malu nak keluar dengan muka lebam-lebam macam ni…” Eli sudah
tergelak dan aku mencebik. Tetapi kemudiannya aku senyum.
“Cool… malam ni kau
datang rumah aku tau? Kita gerak sama-sama.”
###
Aku hanya mampu
melihat satu persatu barang-barang aku dilempar keluar dari rumah. Makcik aku
dah serupa orang gila sekarang ni. Selalu dia ugut je nak halau aku. Hari ni
dia buat betul-betul.
Puas aku rayu, aku
pujuk supaya aku tak dihalau tapi masih tak mampu mengubah pendirian makcik aku
yang memang dah nekad nak halau aku malam tu jugak. Walaupun aku dah
meraung-raung menangis meminta simpati dia, dia tetap tak endahkan. Memanglah
orang tua tu tak ada perasaan! Mana aku nak pergi malam-malam macam ni?
“Berambus kau! Aku dah
tak nak tengok muka kau lagi!” Lepas dia halau aku, terus dia masuk rumah dan
kunci pintu tanpa pedulikan aku lagi.
Dengan air mata yang
berlinang aku kutip satu-satu barang aku yang dilempar tadi. Baju-baju yang
berselerak atas lantai depan rumah makcik aku tu aku masukkan dalam beg baju
yang dah nak rabak.
Sebaik aku melangkah
keluar dari pagar rumah, aku nampak Eli berdiri di sebalik pokok dengan wajah
yang sayu.
###
Kini aku dan Eli duduk
di bangku bus stop yang berhampiran. Eli hanya diam melihat aku yang masih
belum berhenti menangis. Aku pasti, Eli mesti dah dengar beberapa caci maki
makcik aku tadi.
Memang aku tahu, aku
bukan perempuan yang baik. Tapi sampai hati makcik aku hina anak sedara dia
sendiri. Aku tak faham kenapa dia benci aku macam ni sekali selama ni? Apa yang
aku atau keluarga aku dah buat pada dia?
“Apa lah malang sangat
nasib aku ni Eli? Dah lah aku hidup sebatang kara, tak ada mak bapak. Ada
makcik pulak, bencikan aku. Kenapa nasib aku macam ni Eli, kenapa?” Dengan
nafas yang tersedu-sedan aku soal Eli seolah-olah dia tahu jawapannya. Tapi
sebenarnya aku cuma nak luahkan perasaan aku pada Eli.
Air mata, walaupun aku
lap beberapa kali, tetap jugak tak nak berhenti mengalir. Kepala aku dah rasa
berat sebab menangis terlalu lama.
“Sabarlah Shah. Kau
jangan cakap macam ni. Ni semua dugaan, ada orang yang nasibnya lagi malang
dari kau.” Ujar Eli cuba memujuk aku. Aku pandang muka Eli waktu tu. Nampak dia
pun turut sedih dengan apa yang jadi pada aku. Tapi, dia tetap saja tak dapat
rasa apa yang aku rasa sekarang ni.
“Siapa yang lagi
malang dari aku? Aku tengok kau bahagia je!” Aku bersuara membentak. Kesian
Eli, dia cuba nak pujuk aku tapi aku marah-marah dia pulak.
“Bukan aku lah. Tapi…
Hmmphh…” Eli hembuskan nafasnya sebelum menyambung kata-kata,
“Dah lah tu, malam ni
jom ikut aku balik dulu. Kau tidur rumah aku je.” Kata-kata Eli tadi tak
dihabiskan sebaliknya terus mempelawa aku.
“Kau gila nak tidur
rumah kau?” Aku cuba membuntangkan mata yang dah sepet.
“Habis nak buat macam
mana, dah kau tak ada tempat tinggal sekarang ni.”
“Tak apa lah, aku
tidur dekat bus stop ni aje.” Aku dah siap-siap untuk berbaring di bangku bus
stop itu sambil tepuk-tepuk beg lagi untuk aku jadikan alas kepala, tapi pantas
aje aku ditarik oleh Eli.
“Kau jangan nak
mengada-ngada. Gila apa nak tidur sini? Jom ikut aku!” Eli menarik lengan aku
agar berjalan mengikutnya sambil sebelah tangannya membibit beg baju aku yang
dah nak koyak tu.
“Tak apa ke aku tidur
rumah kau ni? Hariz tak marah ke?” Aku menyoal dalam perjalanan menuju ke rumah
Eli itu.
“Alah… dia faham lah.
Lagipun sementara je, besok kita carilah rumah lain untuk kau stay.”
Dan aku terus saja
mengikut buntut Eli sehinggalah kami sampai di rumahnya.
###
Aku perhatikan saja
Eli yang sibuk mengibas-ngibas katil. Lalu dia menepuk-nepuk pula bantal-bantal
yang ada di atas katil itu.
“Dah siap, kau dah
boleh tidur sekarang.” Kata Eli setelah selesai semuanya sambil tersengih. Aku
membalas sengihannya lalu terjun ke atas katil. Eli ternganga. Mesti bengang
sebab dia baru je kemas katil tu.
“Ni selimut.
Tengah-tengah malam nanti sejuk kau pakailah.” Selimut yang hanya Eli pegang
tadi dilipat kemas-kemas dan diletakkan di hujung kaki katil.
“Kau ni… layan aku
macam aku pertama kali nak tidur pulak…” Kata aku lalu mencapai satu bantal
untuk dikepit.
“Tak adalah, aku cuma
nak pastikan kau selesa je tinggal dekat rumah aku ni.” Aku senyum di balik
bantal mendengar kata-kata Eli itu.
“Alah Eli, aku tak
merempat malam ni pun dah cukup baik. Nasib baik kau sudi kutip aku.”
“Jangan cakap macam tu
Shah. Kalau bukan aku yang tolong kau, siapa lagi? Kita kan sahabat…” Eli
mengukir senyum. Terangkat kening aku.
‘Sahabat…?’ Erk… aku
terkedu sekejap dengar perkataan tu.
“Kau jangan layan aku
baik-baik sangat macam ni. Aku boleh jatuh cinta dengan kau tau!” Nada aku
memang bunyi seloroh, tapi jauh di hujung hati, aku rasa kata-kata tu aku
benar-benar maksudkan.
Eli senyum. “Dah lah,
kau tidur dulu okey? Besok kita sambung borak lagi.” Lalu dia terus keluar dari
bilik selepas memadamkan lampu dan merapatkan pintu.
Namun tiba-tiba pintu
itu dibuka kembali.
“Eh…lupa pulak nak
cakap… good night…” Eli senyum lagi lalu keluar semula dari bilik. Aku hanya
ketawa melihat gelagat Eli. Kelakar betul dia tu!
Aku baring atas katil
sambil senyum-senyum. Namun kemudian, aku kembali mengenang ayat yang Eli
keluarkan tadi.
“Kita kan sahabat…”
Kenapa aku rasa macam sebak je bila dia cakap macam tu? Ke aku anggap dia lebih
dari tu?
Selimut yang Eli letakkan
di hujung katil tadi, aku tarik menutupi badan lalu terus aku pejamkan mata.
###
“Mak… tolong mak…
tolong…” Aku menggigil-gigil ketakutan. Tidak lama kemudian pintu bilik dibuka
dari luar. Sebaik lampu dinyalakan aku nampak jelas wajah cemas Eli, lebih
cemas dari aku yang sedang berdiri di atas katil sekarang ni.
“Kenapa Shah? Apa yang
dah jadi?” Aku tidak menjawab sebaliknya hanya menuding jari ke arah satu sudut
di atas katil. Ada lipas sedang merayap-rayap di situ, bukan satu tapi dua
ekor. Mungkin tengah bercinta. Tapi kalau ye pun nak bercinta, tak payah lah
sampai naik atas badan aku!
Aku menggeliat-geliat
geli, seperti masih dapat rasa yang lipas itu memanjat kaki aku sebentar tadi.
Eli dengan pantas
datang dan menangkap lipas-lipas tersebut lalu membuangnya ke luar tingkap. Aku
akhirnya menarik nafas lega.
“Kau okey ke?” Soal
Eli.
“Okey… Thanks babe…”
Aku senyum malu-malu. Tak pasal-pasal aku dah menyusahkan Eli tengah-tengah
malam macam ni. Tapi nak buat macam mana? Aku memang ngeri tengok lipas, apatah
lagi kalau dah merayap-rayap atas badan aku, memang menjerit histerialah
jawabnya. Tapi, tiba-tiba aku teringat sesuatu.
“Eh, bukan kau pun
takut lipas ke? Rilek je kau pegang lipas-lipas tu tadi?” Aku bertanya dengan
hairan. Setahu aku, Eli sama spesis je dengan aku, alergi dengan lipas. Bukan
seekor yang dia pegang tadi, tapi dua! Eli aku tengok buat muka berfikir.
“Ye lah… Aku pun tak
perasan macam mana aku boleh jadi berani tadi. Yang aku tahu, aku panik gila
tengok kau jerit-jerit, tak sedar pulak aku selamba je pegang lipas tu.” Eli
garu-garu kepalanya sambil tersenyum sewel.
Aku cuma senyum di
sebalik selimut yang aku tarik menutupi satu badan aku. Tak sangka Eli jadi
penyelamat aku malam tu, padahal dia sendiri pun takut. Eli… kau lah superhero aku!
###
Aku dan Eli kini
berdiri di depan pagar sebuah rumah. Aku pandang Eli yang berdiri di sebelah
aku. Dari tadi aku ikut dia sampailah ke sini. Puas aku tanya mana dia nak
bawak aku, tapi dia hanya suruh aku diam dan ikut.
“Kenapa ek kita dekat
sini?” Aku tanya dia sambil meninjau-ninjau keadaan dalam perkarangan rumah.
Suasananya agak riuh rendah dengan suara kanak-kanak bermain.
“Jom masuk,” hanya itu
yang Eli ucapkan lalu melangkah masuk ke perkarangan rumah tersebut. Aku hanya
membontoti.
Aku tersenyum melihat
gelagat Eli yang ceria melayan budak-budak di situ bermain. Tak hairanlah bila
diorang semua nampak ngam aje, kerana kata Eli dia memang selalu datang melawat
anak-anak yang berada di ‘Rumah Penyayang’ itu.
Tak sangka, ini sisi
lain Eli. Dalam diam dia menjalankan tanggungjawab sosialnya di rumah kebajikan
ni. Makin aku kagum dengan lelaki tu.
Kata-kata Eli tadi
masih terngiang-ngiang di telinga aku. Katanya, kalau kita rasa masalah kita
besar, ingatlah, ada orang yang masalahnya lagi besar dari kita. Kalau kita
rasa diri kita bernasib malang, sedarlah, ada orang yang lebih tak bernasib
baik dari kita.
Bila aku jumpa diorang
ni semua, baru aku sedar ramai lagi orang tak bernasib baik dari aku. Kalau
diikutkan, masalah aku ni tak besar mana nak dibandingkan dengan apa yang
mereka alami. Ada pulak tu yang usianya masih kecil tapi dah diuji dengan
dugaan yang berat. Apa yang aku lihat hari ni sedikit sebanyak dah mengajar aku
erti ketabahan. Aku bersyukur sangat! Kalau Eli tak bawak aku datang sini,
mesti sampai bila-bila aku hanya tahu menyalahkan takdir.
Eli perasan aku yang
memerhatinya dari satu bangku simen yang terletak di taman kecil di halaman
rumah itu, lalu dia pun menghampiri.
“Kenapa kau suka
datang sini?” Tanya aku sebaik dia duduk di sebelah aku.
“Sebab orang-orang
dekat rumah ni semuanya penyayang…”
“Ye lah… kau nak
cakap, yang kau ni pun penyayanglah kan?” Eli gelak geli hati.
Alamak! Aku biasa
tengok dia gelak, tapi kenapa kali ni aku nampak macam macho je gelak dia tu?
“Satu hari nanti kalau
kau nak cari aku, carilah aku dekat sini.” Gulp. Aku menoleh Eli.
“Kenapa pulak aku nak
cari kau? Kau takkan pergi mana-mana kan?”
“Manalah tau…” Aku
tenung muka Eli dengan dahi yang berkerut-kerut. Apa je yang dimaksudkan Eli
tu? Kenapa tiba-tiba dia cakap macam tu?
“Tak payahlah nak buat
muka macam tu sangat. Aku cakap je, janganlah fikir sangat.” Eli senyum,
membuatkan hati aku senang sikit. Aku harap dia memang betul-betul cakap je,
dan takkan jadi kenyataan. Tak sanggup aku nak fikir kalau hidup aku
betul-betul tanpa Eli satu hari nanti.
###
Aku guling-guling atas
tilam. Mata aku memang tak boleh lelap walaupun dah dekat sejam setengah aku
cuba untuk tidur. Siut arr… asal payah sangat nak tidur malam ni? Aku toleh kanan,
nampak muka Eli tengah senyum. Toleh kiri pulak nampak muka Eli tengah gelak.
Sawan Eli ke aku malam ni?
Betul ke apa yang aku
rasa sekarang? Aku ada perasaan dekat Eli ke? Dia tu kan kawan baik aku
sendiri? Biar benar?
Hai… memang pelik bila
tiba-tiba aku boleh ada perasaan macam ni. Macam mana ntah aku boleh jatuh suka
dengan lelaki yang lebih feminin dari aku? Eli tu kalau jalan, lebih
lenggang-lenggok dari aku. Bila bercakap pulak, aku pun tak lemah-lembut macam
tu. Bab berfashion, dia yang lagi up to date dari aku. Sopan-santun dia, memang
sah-sah kalahlah aku!
Tapi aku suka bila
tengok dia senyum, fuhh… masa tu kalau aku baling dia dalam kopi pahit, gerenti
manis kopi tu! Tak payah pakai gula dah. Sweet gila!
Cumanya aku sedar,
sefeminin-feminin dia tu, ada masa tu tersasul jugak sifat gentleman dia. Dan
kadang-kadang aku nampak, dia lebih gentleman dari lelaki-lelaki yang
konon-kononnya jantan. Tu yang buat aku selalu rasa berdebar-debar bila dengan
dia tu!
“Ada apa dengan kita
sebenarnya Eli? Kenapa setiap kali bila aku dengan kau, aku rasa lain?”
“Ke… aku je yang rasa
lain? Dia?” Aku berteka-teki dengan diri sendiri lalu mengeluh.
Aku cuba pejam mata
aku lagi. Tapi tiba-tiba aku nampak lagi Eli senyum. Aku garu kepala yang
kebetulan gatal.
###
Hmm… aku hidu bau
harum. Eli datanglah tu. Dia kalau datang, dari jauh dah boleh tahu. Mana tak
nya, perfume dia dari sebatu jauh dah boleh bau. Aku betulkan duduk dan pose
se-cute yang mungkin.
“Sorry babe lambat
sikit. Ramai orang kot. Nah kau punya.” Dia menghulurkan ABC dalam mangkuk yang
dia bertungkus lumus beli tadi. Ye lah, beratur panjang katanya.
Tengah panas terik
macam ni, memang layan kalau dapat makan ABC. Walaupun kitorang lepak tepi
jalan je.
Aku senyum ke arah Eli
yang duduk mengadap aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. Cewahh… dah macam
bercinta la pulak! Memang best moment tu beb!
Tiba-tiba aku macam
dapat kekuatan. Kekuatan untuk tanya dia satu soalan cepumas…
“Eli… kau tak rasa ke
antara kita ni macam ada something?” Selamba je satu persatu ayat keluar.
“Ye ke? Tak rasa pun.
Apa yang something-nya?” Balas Eli biasa. Bengang je aku dengar.
“Takkanlah kau tak
rasa?” Eli menjungkit bahu, mencebik bibir.
“Tak adalah! Aku tak
rasa apa-apa pun.”
Kau ni memang kayu!
Aku jerit depan muka Eli, tapi cuma dalam hati. Aku dah bagi hint macam tu pun
kau masih tak faham? Aku tarik nafas kuat-kuat dan hembus perlahan. Wajah Eli
aku toleh.
“Tapi aku rasa
something…” Aku bersuara seakan berbisik. Eli pandang aku. Aku perasan dia
menelan liur.
“Dah lah, kau jangan
nak merepek.” Eli seboleh-bolehnya mahu mengelak. Dia hanya terus makan ABCnya
sampai habis tanpa mempedulikan apa yang aku cakap tadi.
Betullah apa yang aku
persoalkan. Cuma aku je yang rasa lain. Dia sikit pun tak rasa apa yang aku
rasa.
“Kenapa? Kenapa kau
tak suka aku?” Suara aku tiba-tiba meninggi waktu tu membuatkan Eli
terperanjat.
“Bila pulak aku cakap
tak suka kau?” Eli menyoal dengan mata terbuntang.
“Habis tu, kenapa kau
nak mengelak? Aku try nak confess dekat kau ni. Kalau nak tunggu kau, tak
tahulah bila!”
“Kau merepek apa ni?
Aku suka kawan dengan kau tau. Jangan sebab ni, persahabatan kita putus!”
‘Kalaulah kau tahu
Eli, yang aku anggap kau lebih dari tu…’ Monolog aku dalam hati.
Aku menenung muka Eli
walaupun Eli dah pandang tempat lain.
“Aku bukan lelaki yang
baik, Shah.” Sambung Eli apabila aku hanya berdiam. Dia bersuara tadi tanpa
memandang aku.
“Habis apa bezanya
dengan aku? Kau saja buat alasan untuk tolak aku kan?”
“Aku tak layak untuk
kau! Kau carilah lelaki yang lebih baik…” Aku kembali diam. Antara kami senyap
tak bersuara. Yang aku dengar hanya bunyi angin yang bertiup.
Tiba-tiba aku ketawa
kuat-kuat. Saja. Dengan harapan ianya nampak real.
“Kau ni Eli, aku gurau
je lah.” Eli aku lihat mengerutkan kening. Mesti dia masih ragu-ragu, betul ke
semuanya tadi hanya gurauan aku. Aku pukul bahunya sambil ketawa.
“Kau pun tahu aku suka
berdrama kan? Jadi tak?” Aku gelak lagi konon seperti nak pecah perut. Eli
menarik nafas lega membuatkan aku yakin lakonan aku berjaya.
“Kau ni, aku ingat
betul-betul la tadi. Suka buat aku macam nak sakit jantung tau!” Eli
kemudiannya ikut turut ketawa.
Aku sambung
berpura-pura ketawa. Sakitnya… Tuhan je yang tau. Kenapa kau Eli? Kenapa kau
yang curi hati aku?
###
“Kau tahu tak,
sebenarnya kau lah yang macam makcik-makcik!” Kata Eli apabila dia terpaksa
mendengar bebelan aku sejak dari tadi. Mana tak nya, aku risau. Hari ni Eli
akan terbang ke Australia. Aku yang menghantar dia ke airport ni dari tadi tak
sudah-sudah berpesan itu dan ini.
Rasa risau aku
sekarang ni mengalahkan nak hantar laki pergi berperang. Aku takut sebenarnya.
Aku takut kalau aku tak jumpa Eli lagi.
Tak lama kemudian,
kedengaran panggilan penerbangan yang akan Eli naiki meminta para penumpang
bersiap-sedia untuk berlepas. Aku pandang Eli yang dah mula mengangkat
beg-begnya. Beratnya hati nak lepaskan dia!
“Ingat, belajar
elok-elok. Capai cita-cita kau. Biar orang nak cakap apa, janji kau sendiri
tahu, kau ada impian.” Kini giliran Eli pula meninggalkan pesannya. Tapi
kata-kata Eli itu mengundang rasa tak sedap hati aku.
“Boleh tak jangan
cakap macam kau dah tak balik sini lagi? Kau dah janji kan, takkan tinggalkan
aku?” Aku bersuara keras. Geram betul aku dengan Eli. Tapi Eli aku tengok elok
je senyum.
“Hish… kau ni, aku nak
berdrama sikit pun tak boleh. Kau ingat kau je drama queen?” Kata-kata Eli itu
buat aku tergelak. Eli juga turut ketawa.
“Ye… aku balik la.
Takkan aku nak tinggalkan kau kot?” Sambung Eli lagi. Kini aku mampu senyum
lega.
“Nah ambik duit ni,
pakai untuk kau sambung belajar.” Eli tiba-tiba menghulurkan aku sekeping cek.
Kening aku kerutkan.
“Eh… apa ni? Aku boleh
cari duit sendiri la…” Aku tolak cek yang dihulurkan pada aku. Entah berapa
nilainya, tak pulak aku kisah.
“Hishh… kau ni
janganlah degil. Duit ni memang untuk kau. Ambiklah, hadiah dari aku untuk
kawan yang paling aku sayang.” Aku pandang wajah Eli yang sedang mengukir
senyum. Rasa sebak tiba-tiba menyelubungi diri.
“Janji dengan aku,
berhenti buat kerja yang merosakkan diri kau tu. Kau tu perempuan, kau kena
jaga diri kau baik-baik. Jangan biarkan lelaki terus ambik kesempatan atas kau.
Kau patut cari lelaki yang sayangkan kau, bukan mempergunakan kau.” Air mata
aku mula bergenang mendengar kata-kata Eli. Tersentuh sangat hati aku mendengar
nasihatnya itu.
“Kenapa bukan kau je
lelaki tu?” Tanya aku perlahan. Tangan aku yang memegang cek yang dia bagi
masih berada dalam genggamannya. Kemudian aku lihat Eli menggeleng perlahan.
“Kau layak dapat yang
lebih baik lagi, bukan aku…” Dia bersuara berbisik. Aku tatap mata Eli yang
juga sedang pandang mata aku dalam-dalam.
“Err… Eli…” Aku kumpul
segala kekuatan dalam diri aku untuk luahkan pada dia. Kali ni aku betul-betul
akan berterus-terang. Aku tak nak berpura-pura lagi. Cukup sedia, aku hembuskan
satu-satu.
“Masa aku cakap aku
rasa something dekat kau hari tu, sebenarnya aku tak bergurau. Apa yang aku
cakap tu memang betul.” Tiba-tiba dia lepaskan pegangan aku. Eli senyum nipis.
“Aku tahu, tapi aku
pun tak bergurau. Aku memang tak boleh terima kau.” Mendengarkan itu aku
tergamam. Tak tahu nak cakap apa. Dia dah tahu?
“Aku pergi dulu… jaga
diri baik-baik.” Dan Eli terus berlalu tanpa menoleh lagi. Aku yang masih
tergamam hanya mampu memerhati langkahnya yang semakin jauh.
Masa tu sikit pun aku
tak sangka, yang itu merupakan kali terakhir aku tengok dia, cakap dengan dia,
dengar nasihat dia dan bergurau dengan dia. Dan tanpa aku sedar, pemergian dia
hari itu membawa separuh dari diri aku terbang bersama dia.
###
“Macam tu lah kisah
akak dan Eli berakhir… Lepas dari tu, dia terus lenyapkan diri tanpa sebarang
berita…” Ujar Aishah mengakhiri ceritanya. Dia menoleh ke arah Kira dan Mira
yang sedang menitiskan air mata. Sama seperti selalu, setiap kali dia habis
bercerita.
Aishah menghulurkan
sekotak tisu sambil tersenyum ke arah mereka berdua. Lantas keduanya menarik
seorang sehelai.
“Tapi kak, kenapa
agaknya abang Eli tu hilangkan diri macam tu je? Apa yang jadi antara akak
dengan dia sebenarnya?” Aju Kira sambil menyapu air matanya yang mengalir.
‘Abang Eli?’ Erkk…
Kelakar pulak bunyinya. Aishah senyum mendengar pertanyaan Kira itu. Dia
sendiri tidak ada jawapannya.
Dia tak pernah tahu
kemana dan kenapa Eli menghilang. Cuma Aishah masih ingat apa yang keluar dari
mulut Hariz, kekasih Eli yang dia terserempak dengan lelaki lain beberapa bulan
selepas Eli menghilangkan diri.
“Hei… dia tak balik
sampai sekarang tu bukan salah aku! Dia yang nak tinggalkan aku!” Hariz menyapu
darah yang mengalir di bibirnya akibat ditumbuk oleh Aishah sebentar tadi.
“Dia yang nak
tinggalkan kau? Maksud kau?” Aishah menyoal dengan nada tak percaya. Setahu
Aishah, Eli sangat sayangkan lelaki itu. Mustahil dia mahu meninggalkan Hariz
begitu sahaja kalau tak sebab jantan itu yang curang!
“Manalah aku tahu.
Tiba-tiba je dulu dia cakap dia nak berubah. Nak tinggal dengan family dia, tak
nak balik sini lagi.”
“Apa maksud kau dia
tak nak balik sini lagi?” Aishah semakin keliru dengan satu demi satu jawapan
yang diterimanya waktu itu.
“Eh… apa susah sangat
kau nak faham ni? Dia dah tinggal terus dekat sana. Dia takkan balik sini lagi.
Ada faham ke, hah?”
Aishah tergamam. Eli
takkan balik lagi? Tapi kenapa dia tidak diberitahu apa-apa? Betul ke apa yang
mamat tu cakap tadi? Eli nak berubah??
###
Aishah berjalan-jalan
menghirup udara petang di Rumah Penyayang, rumah yang banyak meninggalkan
memori Eli padanya. Disebabkan itu dia membuat keputusan untuk berkhidmat di
situ selepas sahaja dia menamatkan pengajiannya dulu.
Selain dia memang
hendak berbakti kepada anak-anak yang kurang bernasib baik itu, dia sebenarnya
masih terikat dengan kata-kata Eli dulu. Dia percaya, satu hari nanti Eli pasti
akan datang mencarinya di situ.
Langkah Aishah
terhenti apabila dia melalui bangku simen yang menjadi tempat kenangan dia dan
Eli. Aishah mengukir senyum.
Kalau ikutkan hati,
memang Aishah rasa marah. Kerana Eli tinggalkan dia begitu sahaja. Tapi di
sebelah hatinya yang lain, Aishah tahu ada perasaan lain yang lebih membelenggu
dirinya. Iaitu rasa rindu.
“Bila dah lama tak
jumpa kau ni, rasa rindu gila nak tengok senyum kau yang sweet tu, rindu gila
nak tengok jalan kau yang lenggang-lenggok tu, rindu gila nak bau wangi kau
yang boleh bau dari sebatu jauh tu, rindu gila nak gelak dengar lawak-lawak kau
tu, rindu gila nak dengar celoteh cerita kau yang macam-macam tu. Serius rindu
gila dekat kau babe…”
Aishah menghelakan nafas
dan cepat-cepat tersedar dari lamunannya.
“Eh, jangan nak
ingat-ingat lah! Orang bukan ingat kita pun…” Dia geleng-geleng kepala sambil
ketawa sendiri.
Aishah meneruskan
langkah namun tiba-tiba terhenti apabila terhidu bau harum yang familiar.
‘Eh takkanlah… Aku
banyak sangat fikirkan dia ni, sampai bau dia pun boleh masuk dalam fikiran
aku!’ Monolog Aishah namun hidungnya masih kembang-kempis menyedut bau yang
sangat dikenalinya itu.
“Assalamualaikum…”
Seseorang memberi salam.
“Suara tu…” Wajahnya
jelas membuat riak berfikir.
‘Takkanlah dia?’
Aishah berpaling.
Terkejut benar reaksinya apabila melihat siapa yang berada di hadapannya
sekarang.
“Eli??”
###
Tanpa diduga, Eli lah
cikgu baru yang digembar-gemburkan Kira dan Mira tadi. Sungguh Aishah tak
percaya yang Eli benar-benar dah berada di depannya waktu ini!
Eli dah lain sekarang.
Dia nampak lebih cool dengan mengenakan jeans dan kemeja hitam long sleeve yang
lengannya dilipat sehingga ke siku.
‘Smartlah kau pakai
macam ni Eli… pakailah selalu…’ Aishah berbisik sendiri. Hilang terus rasa
marahnya bila melihatkan wajah kesayangan yang sangat dirinduinya.
“Tak sangka, tercapai
jugak cita-cita kau nak jadi cikgu kan?” Soal Aishah memecah kesunyian yang
menemani mereka sejak dari tadi. Kini dia dan Eli kembali berada di atas kerusi
simen yang pernah diduduki mereka enam tahun yang lalu.
“Yup…” Malangnya hanya
sependek itu jawapan dari Eli. Itu membuatkan Aishah kaku untuk bersuara lagi.
“Aku apply nak
mengajar dekat sekolah budak-budak ni belajar. Nanti bolehlah aku ajar diorang
tuisyen dekat sini sekali.” Eli menyambung kata-katanya bila dilihat Aisyah
membisu.
“Ohh…” Aisyah pula
menjawab pendek, seolah-olah ingin membalas dendam.
“Makin cantik kau
sekarang? Dah bertudung, nampak ayu pulak kau macam ni.” Eli memuji sambil
tersenyum manis.
Gulp. Aishah terkedu,
tidak tahu apa respon yang patut. Dia sebenarnya tak sangka akan dipuji
tiba-tiba begitu. Dia menampal wajahnya dengan senyuman pelik yang akan spontan
terukir apabila dia merasa tidak tentu arah.
“Kau tak payah nak
usik aku lah, Cikgu Eli…” Aishah sengaja menekankan perkataan cikgu Eli itu.
“Hish… Janganlah
panggil aku macam tu. Tak macho langsung! Panggillah aku cikgu Adli.” Di hujung
katanya Eli ketawa.
“Oh dah macho? Sejak
bila pulak nama kau berubah ni?” Aishah mengejek.
“Hei, tu memang nama
aku kan? Sampai hati kau tak tahu!” Eli pura-pura merajuk. Aishah ketawa dan
apabila terpandang Eli yang sedang melihatnya, dia berhenti.
“Aku ingat kau dah tak
nak jumpa aku lagi?” Soal Aishah perlahan.
“Takkanlah aku tak nak
jumpa kau?” Jawab Eli pula.
“Habis masa dekat
airport kau kata kau tak boleh terima aku?”
“Aku tak habis cakap
lagi sebenarnya masa tu. Ni aku nak sambunglah ni…” Aishah hanya menunggu Eli
teruskan kata-katanya.
“Aku memang tak boleh
terima kau waktu tu… macam mana nak terima kau? Diri aku sendiri pun aku tak
boleh terima. Tapi, lepas aku cari diri aku selama beberapa tahun ni dan aku
jumpa diri aku yang sebenar aku sedar separuh lagi diri aku sebenarnya tak
ada.”
‘Eleh… nak cakap aku
separuh dari diri dia la tu. Hmm… dah tahu dah! Ayat klise…’ Aishah gelak
curi-curi dalam hati. Tak bolehlah lepaskan sekarang. Tengah part best ni!
“Kau tak rasa ke apa
yang aku rasa?” Tanya Eli tiba-tiba. Aishah jungkit bahu.
“Rasa apa? Tak rasa
apa-apa pun…” Haha… Rasakan kau. Dulu kau buat aku macam tu kan? Ujar Aishah
dalam hatinya. Senyumnya disimpan.
“Sebenarnya, dari mula
kau luahkan perasaan kau pada aku dulu, aku sedar aku rasa sepuluh kali ganda
perasaan tu dalam diri aku. Cuma aku tak kuat nak luahkan pada kau.” Eli diam
sebentar sebelum menyambung,
“Saat orang lain tak
pandang aku macam lelaki-lelaki lain. Kau sorang je yang nampak aku macam
betul-betul lelaki.”
“Eh… mana ada aku rasa
macam tu?” Aishah mengerutkan dahi sambil mencebik. Pipinya tiba-tiba merah.
“Ye lah tu, kalau tak,
takkan kau luah perasaan dekat aku kan?” Eli menyoal dengan nada mengusik.
“Eee… mana ada!
Perasanlah kau ni!” Nafi Aishah lagi. Eli ketawa kecil. Wajah Aishah
ditenungnya dalam-dalam.
“Aku nak meminang kau
ni. Kau nak tak?” Aishah terkedu. Ini tiba-tiba! Namun akhirnya dia mengulum
senyum.
“Betul ni kau nak
pinang aku? Tak apa ke? Ye lah, aku ni bukannya baik.”
“Lelaki yang baik
untuk perempuan yang baik, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Tapi
tak bermakna lelaki dan perempuan yang jahat tu harus terus menjadi jahat kan?”
Tutur Eli perlahan.
Buat seketika itu,
mata mereka bertentang. Namun kerana tidak mahu terus hanyut, keduanya serentak
mengalih pandang ke sisi yang bertentangan. Aishah dan Eli senyum-senyum
sendiri.
“Jadi, kau dah berubah
la ni ek?” Seraya itu Aishah bangun. Eli juga turut ikut bangun tetapi kakinya
tiba-tiba tersadung seketul batu.
“Oi mak kau…” Latah
Eli spontan. Aishah menoleh lalu ketawa geli hati.
“Okey… tang melatah tu
kau tak berubah lagi… Still macam makcik-makcik.” Aishah sambung ketawa. Eli
senyum-senyum malu.
“Alah… slow-slow lah.
Aku kan budak baru belajar.” Aishah mencebik memerli. Eli datang menghampiri
dan berdiri di sebelah Aishah.
“Tapi memang betul pun
aku dah berubah. Abang dah gagah dah sekarang ni sayang…” Eli aka Adli itu
mengenyitkan matanya sambil tersenyum nakal. Pada mulanya Aishah memang
tergamam mendengar ucapan Eli tadi, tapi selepas itu dia melepaskan ketawa
besar.
“Sudahlah kau… badan
sekeping macam tu, feeling-feeling gagah!” Aishah teruskan ketawa lalu berlalu
meninggalkan Eli yang tak tunggu lama, turut mengejarnya dari belakang.
“Hei… betullah… cuba
kau tengok aku ni… tengoklah…”
###
Tak pernah aku sangka,
cerita yang aku anggap pengakhiran kisah aku dan Eli dulu merupakan permulaan
kisah kami sebenarnya. Dan kisah itu pun berlanjutan apabila kini aku dah pun
sah serta selamat menjadi isteri kepada Muhammad Adli aka Eli. Hmm… memanglah
antara kami tu ada ‘something’ sebenarnya.
-Tamat-