Tuesday, 28 April 2015

Ciri_ciri Pelajar Cemerlang



Image result for ciri ciri pelajar cemerlang karangan
1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan.
Image result for ciri ciri pelajar cemerlang karangan5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
Image result for ciri ciri pelajar cemerlang karangan

Majlis Anugerah Nilam pd 23 - 26 Mac 2015 di BTP Kelantan

Majlis Anugerah Nilam pd 23 - 26 Mac 2015 di BTP Kelantan. Berkampung selama 4 hari untuk proses Pemilihan Tokoh Nilam. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 4 hari di BTP Kelantan.

 Majlis Anugerah Nilam 2015

 Wakil dari PPD Jeli untuk Bahasa Melayu, Adik Husaini Nisya


Antara calon-calon tokoh Nilam yg mewakili daerah masing-masing

Kejohanan Balapan & Padang SMK Jeli 2015

Kejohanan Balapan & Padang SMK Jeli 2015 telah diadakan pada 22 & 23 April 2015 di padang SMK Jeli. Pelajar-pelajar bertanding mewakili 4 buah rumah sukan iaitu :

Rumah Satria

Rumah Saga

Rumah Waja

Rumah Wira

Kemeriahan Kejohanan ini terpancar dari wajah-wajah mereka. Semoga kejayaan mengiringi setiap program yang diadakan di SMK Jeli.

Perlantikan Perdana Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi, Ketua Tingkatan dan Pembimbing Rakan Sebaya

Perlantikan Perdana Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi, Ketua Tingkatan dan Pembimbing Rakan Sebaya telah dijalankan pada 12- 14 Februari 2015 di Asrama SMK Jeli. 



Semasa sesi pendaftaran peserta 

Para peserta berkumpul di Dewan Anjung Bestari untuk mendengar taklimat dan peraturan yang perlu diikuti sepanjang program.


 Para peserta sembahyang berjemaah di surau Asrama SMK Jeli

 Slot 1 telah dikelola oleh Cik Ayuni sebagai pengganti Penyelaras PSS



 Riadah pagi untuk memastikan para peserta sentiasa cergas

Pengawas PSS SMKJ sesi 2015


Dirasmikan oleh Pegawai PPD Jeli, Tuan Hj Kadir sendiri.

Monday, 21 April 2014

TARIKH-TARIKH PENTING BUAT PELAJAR FORM 5

TAKWIM PEPERIKSAAN

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2014
UPSR
Ujian Bertulis
9-11 September 2014
(Selasa - Khamis)
 
  
SPM

Ujian Bertulis
3 November - 2 Disember 2014
(Isnin - Selasa)
STPM
Ujian Lisanproses perbincangan
Ujian Bertulisproses perbincangan
STAM
Ujian Lisan
7-11 Julai 2014
(Isnin - Jumaat)
Ujian Bertulis
13-15 Oktober 2014
(Isnin - Rabu)

20-21 Oktober 2014
(Isnin - Selasa)
SPM (ULANGAN)

Ujian Bertulis
9-12 Jun 2014
(Isnin - Khamis)
 
STPM 2014 (Penggal 3) 
Ujian Lisan Bahasa Arab
Ujian Bertulis
proses perbincangan
12 Mac 2014
MUET SESI JULAI 2014 
Ujian Lisan
Ujian Bertulis
18 Feb 2014
8 Mac 2014
* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
STPM :
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346
Anda juga boleh melayari Laman Web Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Majlis Peperiksaan Malaysiauntuk maklumat lanjut.

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO


Kepada mereka yang berbakat, boleh cuba mengasah bakat anda di sini. :)





Semua warganegara Malaysia dipelawa menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan Ke-57 berlandaskan kenegaraan serta berkonsepkan ‘Malaysia… di sini lahirnya sebuah cinta”. Hadiah utama berupa wang tunai  RM7,000 dan 10 hadiah saguhati wang tunai RM1,000. Sila layari www.ipptar.gov.my atau www.kkmm.gov.my atau www.malaysiamerdeka.gov.my untuk mendapatkan borang dan peraturan penyertaan. Untuk maklumat lanjut, boleh emelkan ke tanyalogo@ipptar.gov.my. Tarikh tutup adalah pada 14 Mei 2014